Thursday 25 June 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015

Pada 18.5.2015,  sekolah telah menyambut perayaan Hari guru secara ringkas di dataran perhimpunan bagi sesi pagi manakala bagi sesi petang, sambutan diadakan di dewan sekolah.  Sambutan Hari guru ini disambut oleh seluruh sekolah di Malaysia pada hari yang sama.  Semua murid berkumpul bersama-sama untuk memeriahkan sambutan hari guru. 
Aturcara dimulakan dengan bacaan doa,  disusuli dengan  bacaan perutusan Pengarah Pendidikan,  dan diteruskan dengan  bacaan perutusan Menteri Pendidikan.
Guru-guru melafazkan ikrar dan menyanyikan lagu " Kami Guru Malaysia" diikuti dengan acara memotong kek.


SAMBUTAN HARI GURU SESI PAGI




Acara memotong kek bagi sesi pagi


Barisan guru sesi pagi








SAMBUTAN HARI GURU SESI PETANG


Barisan guru sesi pagi



Acara "music chair"


Acara Rekaan Baju Kertas

Selamat hari guru semua... Dan Salam Isra' Mikraj...


Tuesday 31 March 2015

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ALL

Kelab Guru dan Staf Sokongan (KGSS) dengan kerjasama Tuan Guru Besar telah memberikan kejutan kepada guru-guru yang menyambut hari lahir dari bulan Januari-Mac. Upacara memotong kek telah dijalankan semasa sesi perhimpunan pagi pada hari Isnin (30 Mac 2015) yang lalu. Tuan Guru Besar juga dengan ikhlas telah menyumbang hadiah dan menyampaikan hadiah hari lahir kepada guru-guru tersebut. SELAMAT HARI LAHIR SEMUA!!


nyanyian Selamat Hari Lahir oleh semua warga sekolah

penyampaian hadiah hari lahir
sambutan di sesi petang
HAPPY BIRTHDAY!!

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42

Tarikh : 28 Mac 2015
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Perasmi : Dr Ling Hee Huong (Pengerusi Lembaga Sekolah, SK Methodist (ACS) Sitiawan.


pendaftaran seawal 8.00 pagi

hiasan pentas yang indah.. tahniah AJK pentas dan persiapan tempat
bacaan doa oleh En Mohd Asri
dari kiri En Zulkafli (Pengacara Majlis), Puan Hamidah ( pencatat minit) Puan Shamimah (pencatat minit)
ucapan oleh Pengerusi PIBG En. Tan Peng Hoi
Ucapan oleh Tuan Guru Besar En Ismail bin Nayan
ucapan perasmian oleh Dr Ling Hee Huong
antara yang hadir, terima kasih kami ucapkan!
penyampaian cenderahati
persembahan nyanyian koir daripada pasukan koir sekolah
Dr Ling dibawa melawat ke tapak perhimpunan sesi petang yang baru

TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA, GURU-GURU DAN AHLI JAWATANKUASA YANG HADIR. TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-42.

KEJAYAANMU KEBANGGAAN KAMI

Tahniah kepada adik Harith Ikhwan Tahun 6A3 yang telah mengharumkan nama sekolah dalam sukan ragbi di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Guru-guru, PIBG, rakan-rakan dan semua warga sekolah amat berbangga dengan kejayaanmu. Semoga terus maju!!

Sijil dan pingat yang disampaikan oleh Guru Besar semasa sesi perhimpunan pagi


Add caption



Tahniah!!

MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG (EN.MOHAMED HANIFAH BIN HASHIM)

Pada 20 Mac 2015 yang lalu, satu majlis khas diadakan untuk meraikan persaraan seorang guru yang banyak berjasa kepada sekolah ini. Beliau adalah En. Mohamed Hanifah Bin Hashim. Beliau merupakan seorang guru yang banyak berjasa dan antara yang paling lama berkhidmat di sekolah ini. Beliau mula mencurahkan khidmat dan baktinya kepada sekolah ini pada tahun 1987 sehingga kini. Hampir 28 tahun lamanya beliau mencurahkan ilmu, mendidik dan memimpin anak-anak didik ACS. Kini tiba masanya beliau melangkah ke alam baru yang dinamakan alam persaraan. Persaraan beliau meninggalkan kesan kepada kami warga ACS. Kami amat menyanjungi dan menghormati segala budi dan tingkahmu Cikgu Hanifah. Jasamu dikenang Cikgu Hanifah.

Jom kita intai disekitar majlis ini berlangsung.

1. Sesi perhimpunan pagi bersama semua anak-anak didik.

semua guru mengenakan pakaian berwarna biru yang merupakan warna kegemaran cikgu Hanifah

semua kebiru-biruan
 
majlis diacarakan oleh Puan Azma




ketibaan yang diraikan En Hanifah

ucapan dan pesanan terakhir untuk anak-anak didik tersayang

 

hadiah kenang-kenangan daripada anak-anak didik
salam dan ucapan selamat tinggal

2. Sesi di dewan bersama guru-guru, Pengerusi PIBG, staf sokongan dan murid-murid.


ucapan daripada yang dirai En Mohamed Hanifah

upacara memotong kek Hari Lahir dan pulut kuning

Dari kiri En Abdul Hamid bin Manap (PK Petang), En Abdul Hamid Bin Shufaat (PK 1), En Mohamed Hanifah dan En Tan Peng Hoi ( Pengerusi PIBG)

mantan Pengerusi KGSS dan Setiausaha KGSS pada tahun ini bergambar bersama buku ucapan untuk En Hanifah


psssttt... bisik ape tu??

Keceriaan dan kegembiraan yang jelas terpancar dari wajahnya

kereta berhias khas untuk membawa En Hanifah

kejutan!! kehadiran isteri tersayang memeriahkan lagi majlis

upacara memotong kek Hari Lahir

so sweetttttt.....


jambangan bunga kekasih

semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat

nyanyian perpisahan daripada rakan-rakan guru bersama linangan air mata (nak tengok air mata sila zoom)

lambaian terakhir

Selamat Bersara Cikgu Hanifah! Jasamu dikenang! Kau sentiasa dalam ingatan kami...

HAPPY RETIREMENT!!!